Saturday, 10 March 2012

Teknik Belajar...Study...Skor Sejarah...Cara Sempoi+Gilakk!!!

http://3.bp.blogspot.com/_qe9fFCzebOA/TNVpNkt1CCI/AAAAAAAAANU/sNqigAyWLwo/s1600/study_hard_by_DomoBraden.jpg
What's Up Brader And Sister...Hee....Saya Pelajar Cemerlang SEJARAH STPM 2011 (A)...Ingat...Kalau  Nak EXCELLENCE Sejarah...MESTI Minat Subjek Sejarah Dan Minat Dengan Cikgu Sejarah..!BETUL...Jangan Sesekali Mengeluarkan Pernyataan Bahawa "Cikgu Tak Pandai Mengajar" atau Belajar Sejarah Boring..Belajar Mengenai Orang Yang Sudah Mati..Benda Lama..Terlalu Banyak Fakta.."
Kat Bawah Nie...Saya Ada Beberapa Tips Nak Dikongsikan Bersama Dalam Proses Saya Belajar Sajarah Sehingga Mendapat Keputusan Yang Cemerlang...Selamat Menikmati...
1. Jadilah PENDENGAR yang baik...memahami peristiwa yang biasanya mengandungi ciri/ faktor /kesan dengan baik..Ketika guru menerangkan sesuatu peristiwa dalam kelas, dengar dengan teliti.. Anda jangan jadikan diri anda pekak...
2. Jadikan pandangan mata anda tajam... sentiasa memandang sejarah sebagai peristiwa yang sentiasa memandu anda menilai masa depan... contohnya mengkaji mengapa Kerajaan Empayar Rom / Yunani jatuh tersungkur padahal empayar mereka gagah berdiri dan teguh...

3. Sediakan buku teks dan buku latihan Sejarah bersama-sama. Sila baca buku teks Sejarah tak kira bab mana pun dan baca sampai terlelap+tertidur+terlena+terbuai mimpi. Baca dan jangan hafal. Bila korang tersedar kembali, terus buat latihan...

4. Buat latihan Sejarah mengikut bab sebanyak yang mungkin dengan menyemak jawapan di buku teks atau sebagainya. Kalau tak reti jawab pun, tengok jak jawapan belakang..proses belajar juga tue kan. Buat sampai kalian semua tertidur. Bila tersedar kembali, baca buku teks Sejarah berkaitan dengan bab soalan yang dijawab. Tak perlu nak buka soalan tu balik, just tumpukan perhatian pada pembacaan buku teks. Korang akan tau kenapa saya suruh buat benda nie...

5.
Buatkan perasaan cikgu Sejarah terbakar+mendidih+tercabar dengan soalan2 tak masuk akal berkaitan Sejarah…hehehe…maksud saya,korang kene rajin bertanya kenapa??Mengapa?? kepada cikgu2 sejarah korang.Contohnya, kenapa Sultan Melaka dan seluruh sultan-sultan di Tanah Melayu dulu ada kuasa mutlak??ataupun kenapa tentera Jepun yg datang Malaya suka merogol orang??..Barulah ada suasana diskusi dalam kelas..Kan2..?He....

Sekian....Terima Kasih..Kepada Rakan2 Yang Mengambil Subjek Sejarah SPM Atau STPM...Semoga Berjaya Dalam Menjawab Soalan Sejarah....Kita Sangat Beruntung Kerana...Tahukah anda sejarah merupakan pelajaran tertua di dunia? Sejarah membolehkan anda pengembara melintasi masa dan benua...Saya Mohon Kritikan Dan Saranan Jika Korang Berkenan Ikut Memperkaya Informasi Dalam Blog Ini....


Tuhan memberimu masalah agar kamu belajar,
tumbuh dan menjadi peribadi yang lebih baik karena masalah itu.

STEWARD RICKYUES a.k.a SRM
Saturday, 10 March, 2012
21:30...

No comments:

Post a Comment